Sejarah dalam Perkembangan Usul (Ushul) Fiqih
Sumber-mu : berbagi pengetahuan mengenai Sejarah dalam Perkembangan Usul Fiqih, namun sebelum kepembahasan jika anda berminat bisa membaca mengenai Hukum menerima Upah / Gaji. Dan untuk pembahasan mengenai Sejarah Perkembangan Usul Fiqih di bawah ini :
Sejarah Perkembangan Ilmu Usul al-Fiqh
Zaman Rasulullah S.A.W.
Pada zaman Rasulullah S.A.W., hukum-hukum diambil dari wahyu
(al-Quran) dan penjelasan oleh baginda (as-Sunnah). Segala masalah yang
timbul akan dirujuk kepada Rasulullah S.A.W. dan baginda akan menjawab
secara terus berdasarkan ayat al-Quran yang diturunkan atau penjelasan
baginda sendiri. Namun, terdapat sebahagian Sahabat yang tidak dapat
merujuk kepada Nabi lantaran berada di tempat yang jauh daripada
baginda, misalnya Muaz bin Jabal yang diutuskan ke Yaman. Baginda
membenarkan Muaz berijtihad dalam perkara yang tidak ditemui ketentuan
di dalam al-Quran dan as-Sunnah.
Setelah kewafatan Rasulullah S.A.W., sebarang masalah yang timbul
dirujuk kepada para Sahabat. Mereka mampu mengistinbat hukum terus dari
al-Quran dan as-Sunnah kerana:
1. penguasaan bahasa Arab yang baik;
2. mempunyai pengetahuan mengenai sabab an-nuzul sesuatu ayat atau sabab wurud al-hadis;
3. mereka merupakan para Perawi Hadis.
2. mempunyai pengetahuan mengenai sabab an-nuzul sesuatu ayat atau sabab wurud al-hadis;
3. mereka merupakan para Perawi Hadis.
Hal ini menjadikan para Sahabat mempunyai kepakaran yang cukup untuk
mengistinbatkan hukum-hukum. Mereka menetapkan hukum dengan merujuk
kepada al-Quran dan as-Sunnah. Sekiranya mereka tidak menemui sebarang
ketetapan hukum tentang sesuatu masalah, mereka akan berijtihad dengan
menggunakan kaedah qias. Inilah cara yang dilakukan oleh para mujtahid
dalam kalangan para Sahabat seperti Saidina Abu Bakar as-Siddiq, Saidina
Umar bin al-Khattab, Saidina Uthman bin Affan dan Saidina Ali bin Abu
Talib. Sekiranya mereka mencapai kata sepakat dalam sesuatu hukum maka
berlakulah ijma’.
Pada zaman ini, cara ulama’ mengambil hukum tidak jauh berbeza dengan
zaman Sahabat kerana jarak masa mereka dengan kewafatan Rasulullah
S.A.W. tidak terlalu jauh. Yang membezakannya ialah sekiranya sesuatu
hukum tidak terdapat dalam al-Quran, as-Sunnah dan al-Ijma’, mereka akan
merujuk kepada pandangan para Sahabat sebeum berijtihad. Oleh sebab itu
idea untuk menyusun ilmu Usul al-Fiqh belum lagi muncul ketika itu.
Inilah cara yang digunakan oleh para mujtahid dalam kalangan tabi’in
seperti Sa’id bin al-Musayyib, ‘Urwah bin az-Zubair, al-Qadi Syarih dan
Ibrahim an-Nakha’i.
Pada akhir Kurun Kedua Hijrah, keadaan umat Islam semakin berubah.
Bilangan umat Islam bertambah ramai sehingga menyebabkan berlakunya
percampuran antara orang Arab dan bukan Arab. Kesannya, penguasaan
bahasa Arab dalam kalangan orang-orang Arab sendiri menjadi lemah.
Ketika itu timbul banyak masalah baru yang tiada ketentuan hukumnya
dalam al-Quran dan as-Sunnah secara jelas. Hal ini menyebabkan para
ulama’ mula menyusun kaedah-kaedah tertentu yang dinamakana ilmu Usul
al-Fiqh untuk dijadikan landasan kepada ijtihad mereka.
Ilmu Usul al-Fiqh disusun sebagai satu ilmu yang tersendiri di dalam
sebuah kitab berjudul ar-Risalah karangan al-Imam Muhammad bin Idris
as-Syafie. Kitab ini membincangkan tentang al-Quran dan as-Sunnah dari
segi kehujahan serta kedudukan kedua-duanya sebagai sumber penentuan
hukum.
Sumber : http://ibnuabbas.wordpress.com/2010/04/05/sejarah-perkembangan-usul-fiqh/
No comments: